Sunday, December 19, 2010

Kemanisan Berkahwin


Perkahwinan amat digalakan oleh Islam. Banyak kelebihan dan kebaikan apabila seseorang itu berkahwin.

Seseorang itu mampu meramaikan umat dan keturunan yang menjadi tonggak kepada agama secara tidak langsung mewujudkan kesinambungan manusia.

Memudahkan urusan manusia dalam aktiviti seharian. Seseorang yang berkahwin memudahkan pengurusan harian. Contohnya seseorang lelaki yang sudah berkahwin dapat menumpukan terhadap pekerjaan selaras tanggjawab untuk mencari rezeki dan tidak dibebani dengan tanggungjawab di rumah. Manakala seseorang perempuan yang sudah berkahwin hanya perlu melaksanakan tanggungjawab di rumah dan tidak dibebani dengan tanggungjawab untuk bekerja.

Mengelak daripada perbuatan keji iaitu zina. Perkahwinan mampu menghindar seseorang daripada perbuatan zina yang amat ditegah di dalam Islam. Kadang kala boleh membawa suatu fikiran yang menganggu aktiviti seseorang. Melalui perkahwinan dapat memelihara diri seseorang dan memandu seseorang dalam mencapai kemanisan hidup. Amalan seseorang yang berkahwin adalah lebih baik daripada seseorang yang tidak berkahwin.

2 comments:

  1. tunggu apa lg..kawen la..
    bleh mai SP mkan nsik mnyak..
    papepun, smoga dpermudahkan segala urusan..amin

    ReplyDelete
  2. hehehe....
    bukan senang nk kawin nie....
    carilah ilmu sebanyaknya utk bekalan masa tua nnt hahaha...
    xpa...nida kawin dlu....nnt ble mkn ikan patin byk2 hehehe
    ...amin...

    ReplyDelete